Pokemon black and white the Movie: Victini and Reshiram Malay Dub [UPDATE]


Mengisahkan Ash yang meneruskan pengembaraannya di sebuah pekan di mana terletaknya istana yang digelar pedang vale. Di dalam pengembaraannya, dia bertemu dengan sepasang deerling yang terperangkap di celah tebing bukit. Di sebabkan sifat innocent Ash yang tak boleh tengok orang lain atau pokemon berada dalam kesusahan, jadi Ash telah menawar diri untuk membantu sepasang deerling yang terperangkap di cenuran bukit. Namun, malang tidak berbau, Ash sendiri ditimpa masalah dan terjatuh di tebing bukit itu. Namun dia bernasib baik kerana di selamatkan oleh pokemon langenda yang digelar Victini dan dah tentu hero kita belum cukup waktu untuk dia bertemu ajal lagi (atau akan menjadi mimpi ngeri buat fan Ash). Namun Ash masih lagi terperangkap dan ingin terus mencari jalan keluar dan terpaksa berpisah dengan rakan-rakannya. Mereka bertemu semula di istana yang digelar pedang vale, tanpa disedari Ash, dia telah di ekori oleh pokemon lagenda yang bernama Victini dan membantai Macron ( Kuih manis dari England ) kepunyaan Ash tanpa disedarinya. Setibanya Ash di pekan, Ash dan rakan-rakannya telah menyertai sebuah pertandingan perlawanan pokemon  yang telah dianjurkan oleh YB kawasan tersebut. Namun hanya Ash sahaja yang berjaya mara dalam pertandingan tersebut, itupun main pakai cheat atas pertolongan Victini. Di perlawanan akhir, Ash telah bertemu awek cun yang bernama  Carlita dan ia juga merupakan adik perempuan kepada Damon ( pemilik kepada pokemon lagenda Zekrom), pada mula Scraggy kepada Ash berdepan masalah untuk menghadapi Hyedregon kepunyaan Carlita. Namun Scraggy telah dibantu oleh Victini dan berjaya membantai Hyedregon kepunyaan Carlita. Tapi Carlita mula perasan dengan kelibat Victini dan memberitahu Ash bahawa kemenangan dia disebabkan oleh Victini. Di sebabkan ingin mendapatkan kepastian, Ash ingin mengumpan Victini dengan merasuahnya dengan Macron bagi memperlihatkan kelibat dirinya dan akhirnya ia berhasil. Kemunculan Victini telah memeranjatkan Ash dan rakan-rakannya. Namun akibat merajuk dengan perangai Ash yang tak reti bahasa, Victini telah melarikan diri tapi berjaya dipujuk oleh Ash. Ash dan rakan-rakannya berkumpul di rumah YB untuk mendengar sejarah tentang negeri vale yang dimana berlakunya konflik perebutan kuasa di antara adik-beradik yang merupakan pemilik kepada pokemon lagenda Zekrom dan Reshiram. Dari situ Ash telah dapat tahu bahawa Victini telah terperangkap selama 1000 tahun akibat kekangan tersebut.  Manakala Damon mempunyai impian, iaitu mengunakan kuasa Victini untuk memindahkan pedang vale ke tempat asalnya bagi menyatukan semula bangsa-bangsanya. Manakala Ash ingin menbantu Victini  untuk bebas dari kekangan tersebut dan membawanya ke pantai untuk melihat laut.  

Anime Info          : Karlita
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None






0 comments:

Catat Ulasan