Laputa: Castle in the Sky [Malay Audio]


Pazu, seorang anak yatim dan juga merupakan anak kepada seorang juruterbang yang pernah menjumpai Laputa ketika dulu sebelum meninggal kerana kesesalannya. Pazu dipelihara oleh pak ciknya dan mengikuti jejak langkah pak ciknya sebagai pekerja lombong galian bijih timah. Ketika sibuk bekerja, Pazu telah ternampak sebuah objek misteri yang bersinar. Bila Pazu mendekatinya, Pazu menyedari bahawa objek tersebut ialah seorang budak perempuan yang terapung dari langit yang sebenarnya melarikan diri dari buruan pihak tentera dan kumpulan lanun Dola namum terjatuh ketika dia cuba melarikan diri. Pazu cuba menyambutnya namun dia terpaksa memikul dengan sepenuh tenaga kerana beratnya. Keesokan hari, perempuan tersebut telah tersedar dan dia menyedarinya bahawa dia telah berada di rumah Pazu. Perempuan tersebut memperkenalkan dirinya pada Pazu sebagai Sheeta dan dia menceritakan pada Pazu bahawa dia menjadi buruan pihak tentera dan kumpulan lanun Dola kerana kristal misterinya yang ada hubung kait dengan negara awangan yang bernama Laputa, yang pernah ditemui oleh ayahnya ketika dahulu. Namun keadaan tidak memihak pada mereka, apabila sekumpulan lanun Dola telah muncul dan disertai oleh pihak tentera untuk memburu mereka berdua kerana ingin mendapatkan kristal milik Sheeta.

Anime Info          : Sheeta
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None
 




0 comments:

Catat Ulasan