Ijiranaide, Nagatoro-san Malay Sub

 

 


Senior Naoto Hachioji, atau selalu dipanggil Senpai atau Senior.  Seorang pelajar yang tak berapa nak bergaul dan bersosial dan suka bersendirian. Merupakan ahli kelab melukis dan terpaksa menguruskan kelab seni bersendirian kerana ketua kelab melukis dan ahli yang telah melanjut pelajaran seni ke sekolah seni tapi ketua kelab masih mengurusnya dari jauh. Senpai atau senior telah pergi ke pepustakaan bagi menyiapkan kerja sekolahnya. Tanpa dia sedar, terdapat sekumpulan pelajar perempuan yang nakal yang sedang melepak didalam pepustakaan sekali. Tanpa mempedulikan sekumpulan pelajar perempuan nakal itu, Senior terus segera ingin menyiapkan kerja rumah dan segera beredar namun nasib malang berlaku apabila dia terlanggar salah seorang perempuan dari kumpulan pelajar nakal dan menyebabkan manuskrip komiknya terjatuh. Apabila manuskripnya menjadi bahan gelak dan ketawa dari sekumpulan pelajar perempuan nakal itu kecuali seorang dan perempuan seorang itu ingin tinggal di pepustakaan tanpa mengikut kawan-kawannya bagi mengenali Senior. Pada mulanya perempuan itu cuma ingin berasa teruja dengan Senior dengan berlakon menjadi watak dalam komik yang dilukis Senior, namun jadi kes buli pula apabila perempuan itu mengusik Senior itu sampai menangis.  Keesokan hari perempuan itu dan Senior bersuai kembali dan Senior memulangkan semula sapu tangan yang diberi perempuan itu bagi mengelap air mata senior semalam. Dalam perjalanan pulang, senior telah diusik semula oleh perempuan itu, namun secara tak sengaja perempuan itu telah menolak jatuh ke kolam. Dengan tidak mahu pedulikan peristiwa silam ketika kecil, Senior itu mula bertanya nama perempuan itu. Dan perempuan itu memberitahu yang namanya Nagatoro. Sejak itu mereka mula menjadi rapat walaupun senior selalu menjadi mangsa usikan Nagatoro.


Anime Info          : Nagatoro
Video Format        : MKV  
Audio Languages     : Japanese
Subtitles Languages : Malay


Nagatoro season 2 ada dalam 
channel telegram dengan 
bersertakan malay dan english sub 
sila klik icon telegram
belah kanan untuk join.





Screenshot:


0 comments:

Catat Ulasan