Tonikaku Kawaii Malay Sub

 





Nasa yang rasa tersinggung dengan namanya kerana namanya sama dengan nama Angesi Biro Penyelidikan Angkasa Lepas Amerika Syarikat yang dipanggil NASA. Disebabkan nama itu Nasa menjadi bahan ejekan dan ketawa. Kerana tak ingin dipandang rendah oleh orang lain, Nasa telah berusaha mengubah diri dengan mengulang kaji banyak pelajaran bagi menjadi seorang pelajar yang pintar agar Nasa tidak dipandang rendah oleh orang lain. Kemudian bila Nasa dah bersekolah tinggi, Nasa ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti yang berprestij yang bukan calang-calang orang yang boleh memasukinya dan ia dihalang oleh guru kelasnya kerana bimbang Nasa takkan berjaya memasukinya. Namun Nasa begitu yakin dan ingin mencubanya tanpa pedulikan nasihat dari guru kelasnya. Sewaktu Nasa dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terserempak dengan seorang perempuan yang cukup cantik. Kerana tertarik dengan perempuan itu, Nasa tergesa-gesa kearah perempuan itu dengan tujuan untuk berkenalan dengan dia namun Nasa telah tersilap langkah kerana telah terlibat dengan kemalangan kerana kecuaian dari Nasa kerana melintas tak tengok jalan. Nasa telah diselamatkan oleh perempuan yang dia berkenalan, dan perempuan itu minta Nasa ke hospital bagi merawat dirinya. Disebabkan Nasa begitu ingin sangat nak berkenalan dengan perempuan itu, tanpa hiraukan kecenderaan dirinya, Nasa terus mengejar perempuan itu. Disebabkan azam Nasa yang kuat untuk mengenali dirinya tanpa hiraukan kecenderaan dirinya dan disertakan lagi dengan hikayat buloh betong yang tak mahu diulang nasib cerita itu berulang, perempuan itu membuat keputusan untuk berkahwin dengan Nasa dan selepas Nasa menerima lamaran perempuan itu Nasa terus pengsan tak sedarkan diri. Apabila Nasa sedar, dia dapat tahu bahawa perempuan itu telah menghilang. Disebabkan kekecewaan Nasa, Nasa membuat keputusan untuk habiskan pelajarannya dan terus bekerja tanpa melanjutkan pelajaran dan menyimpan duit agar Nasa dapat berjumpa semula perempuan itu. Selepas setahun, Nasa didatangi seseorang dirumahnya, apabila Nasa membuka pintu, alangkah terkejutnya yang telah bertemu semula dengan perempuan itu. Dengan memperkenal dirinya sebagai Tsukasa. Tsukasa datang untuk menuntut janjinya yang telah dibuat dengan Nasa iaitu berkahwin dengannya?

Anime Info          : Tonikawa
Video Format        : MKV
Audio Languages     : Japanese
Subtitles Languages : Malay

 




0 comments:

Catat Ulasan