Fullmetal Alchemist: The Sacred Star of Milos (Malay Dub)


Eric dan Alphonse ingin memburu Ashleigh yang telah melarikan diri dari penjara dengan menggunakan ilmu alchemist. Eric telah jumpa petunjuk yang ditinggalkan oleh Ashleigh iaitu artikel surat khabar mengenai pertahanan Julia Crichton di penjara Cable City. Demi memburu Ashleigh yang kemungkinan melarikan diri ke Cable City, Eric dan Alphonse telah berangkat kesana. Di dalam penjalanan keretapi Eric dan Alphonse untuk ke Cable City, mereka telah diserang oleh sekumpulan kelawar hitam dan juga Chimera Serigala dari unit tentera negara Creta. Sejurusnya tiba di Cable City, mereka segera ke penjara Cable City dan disitu, banduan wanita yang bernama Julia telah melarikan diri dengan bantuan kelawar hitam namun Julia berdepan kesukaran untuk melepaskan diri lalu dia telah diselamatkan oleh Alphonse kemudian Ashleigh datang membantu untuk menyelamatkan mereka. Eric kemudian telah bersatu semula dengan adiknya Alphonse namun mereka terpaksa melarikan diri dari unit tentera buruan creta iaitu chimera serigala yang telah memburu mereka. Eric dapat tahu rancangan Julia untuk menggunakan batu permata palsu bagi mendapatkan kemerdekaan untuk negara Milos dan Eric kurang bersetuju mengenainya.

Anime Info          : Julia
Video Format        : MP4 
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None






0 comments:

Catat Ulasan