The Cat Returns (Malay Dub) + OST

 
Haru, seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang selalu ditimpa nasib malang dan mempunyai kelakuan yang agak buruk bagi seorang perempuan? Haru telah lewat ke sekolah dan merancang untuk menyusup masuk ke dalam kelasnya secara senyap-senyap namun tak berjaya kerana cikgunya telah awal-awal menyedarinya dan akhirnya dia menjadi bahan gelak ketawa rakan-rakan kelasnya. Semasa dalam perjalanan pulang bersama Hiromi, Haru memberitahu tentang perasaan suka yang dia pendam terhadap Machida, kepada sahabat karibnya Hiromi. Semasa dia dan Hiromi rancak bersembang, dia telah terserempak seekor kucing yang aneh berkacuk Russia sedang membawa kotak hadiah. Akibat kelalaian kucing aneh tersebut yang hampir membuatnya berada dalam bahaya. Haru telah bernekad untuk menyelamatkan kucing tersebut tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Setelah menyelamatkan seekor kucing berkacuk Russia, lantas Haru menjadi amat terkejut kerana kucing itu boleh berbicara dan apa yang lebih memeranjatkan ialah kucing itu merupakan putera raja bagi kerajaan kucing dan ia merupakan Putera Lune. Demi membalas jasa Haru yang telah menyelamatkan anaknya Putera Lune, Raja bagi sebuah kerajaan kucing telah berkenan untuk mengurniakan hadiah kepada Haru. Namun hadiah tersebut merupakan tikus? Demi ingin membalas jasa Haru, raja kucing telah membuat keputusan untuk mengahwini Haru dengan Putera Lune. Tak tahu apa nak dibuat, Haru telah diberitahu oleh seseorang agar dia berjumpa dengan Baron bagi menyelesaikan masalahnya.  Baron yang juga pernah muncul dalam anime cerita Whisper of the Heart. Telah membuat keputusan untuk membantu Haru, dan tidak diduga, sekumpulan kucing telah muncul untuk menculik Haru dan melarikan Haru ke kerajaan kucing?

Anime Info          : Neko
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None 



0 comments:

Catat Ulasan