Kami nomi zo Shiru Sekai Season 2 (Malay Audio) + OST


Selepas berdepan cabaran yang cukup sukar untuk menggoda Kasuga Kusunoki yang merupakan pakar karate wanita yang menakutkan, bagi mengeluarkan roh peranyau dari tubuhnya. Masalah baru melanda Katsuragi Keima apabila sahabat lama Elsie sejak dibangku sekolah lagi, iaitu Haqua telah melakukan satu kesilapan besar dengan tak sengaja telah melepaskan seekor roh peranyau. Walaupun berego tinggi namun Haqua terpaksa bekerjasama dengan Keima untuk memburu roh peranyau yang terlepas sebelum ia menjadi lebih besar. Akibat tak dapat mengawal emosi apabila mengenangkan kisah silamnya yang gagal, Haqua telah jatuh ke dalam perangkap roh peranyau dan akhirnya dia telah dikawal oleh roh peranyau. Kini Keima dan Elsie terpaksa berdepan kesukaran untuk membebaskan Haqua dari kawalan roh peranyau dan membetulkan semula keadaan sebelum semuanya terlambat.

Anime Info          : Haqua
Video Format        : MP4 
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None






0 comments:

Catat Ulasan