sakura revice

sakura memang jane.

Bocchi

Penyanyi bernama Bocchi yg menjadi bini saya.

Junko Puki

Junko bini Ariff.

kitasan white

puki kuda.

Black Bullet

Kisah cinta si loli yang cuba memikat jejaka yang berhati dingin dan juga dunggu.

bey x

multi x bird.

iceblade

Kisah ray white.

madoka kaname

madoka kaname is ariff wife and queen.

precure

puka.

The World God Only Knows: Goddesses Malay Dub [Kami Nomi zo Shiru Sekai: Megami-Hen Malaysia Audio]


Selepas beberapa season berlalu dan juga beberapa awek-awek jepun yang berjaya diayat dan digoda oleh  dewa penggoda yang bernama Katsuragi Keima. Kini muncul pula season yang terbaru yang di mana cabaran yang lebih besar dengan dugaan berat yang menanti dewa penggoda yang bernama Katsuragi Keima!? Diana yang merupakan seorang dewi yang pernah berjuang dalam menentang puak-puak setan neraka lama bagi mewujudkan revolusi untuk neraka baru telah bangkit semula setelah roh peranyau yang merupakan puak-puak setan neraka lama dibebaskan oleh sekumpulan ahli-ahli penangkap roh peranyau yang ingin membawa kembali neraka lama. Diana yang menghuni dalam badan Terri yang merupakan hostnya. Terri ialah kawan Keima sejak kecil dan juga mempunyai perasaan terhadap Keima. 

Anime Info          : Megami-hen
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None  





The Cat Returns (Malay Dub) + OST

 
Haru, seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang selalu ditimpa nasib malang dan mempunyai kelakuan yang agak buruk bagi seorang perempuan? Haru telah lewat ke sekolah dan merancang untuk menyusup masuk ke dalam kelasnya secara senyap-senyap namun tak berjaya kerana cikgunya telah awal-awal menyedarinya dan akhirnya dia menjadi bahan gelak ketawa rakan-rakan kelasnya. Semasa dalam perjalanan pulang bersama Hiromi, Haru memberitahu tentang perasaan suka yang dia pendam terhadap Machida, kepada sahabat karibnya Hiromi. Semasa dia dan Hiromi rancak bersembang, dia telah terserempak seekor kucing yang aneh berkacuk Russia sedang membawa kotak hadiah. Akibat kelalaian kucing aneh tersebut yang hampir membuatnya berada dalam bahaya. Haru telah bernekad untuk menyelamatkan kucing tersebut tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Setelah menyelamatkan seekor kucing berkacuk Russia, lantas Haru menjadi amat terkejut kerana kucing itu boleh berbicara dan apa yang lebih memeranjatkan ialah kucing itu merupakan putera raja bagi kerajaan kucing dan ia merupakan Putera Lune. Demi membalas jasa Haru yang telah menyelamatkan anaknya Putera Lune, Raja bagi sebuah kerajaan kucing telah berkenan untuk mengurniakan hadiah kepada Haru. Namun hadiah tersebut merupakan tikus? Demi ingin membalas jasa Haru, raja kucing telah membuat keputusan untuk mengahwini Haru dengan Putera Lune. Tak tahu apa nak dibuat, Haru telah diberitahu oleh seseorang agar dia berjumpa dengan Baron bagi menyelesaikan masalahnya.  Baron yang juga pernah muncul dalam anime cerita Whisper of the Heart. Telah membuat keputusan untuk membantu Haru, dan tidak diduga, sekumpulan kucing telah muncul untuk menculik Haru dan melarikan Haru ke kerajaan kucing?

Anime Info          : Neko
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None 



Kami nomi zo Shiru Sekai Season 2 (Malay Audio) + OST


Selepas berdepan cabaran yang cukup sukar untuk menggoda Kasuga Kusunoki yang merupakan pakar karate wanita yang menakutkan, bagi mengeluarkan roh peranyau dari tubuhnya. Masalah baru melanda Katsuragi Keima apabila sahabat lama Elsie sejak dibangku sekolah lagi, iaitu Haqua telah melakukan satu kesilapan besar dengan tak sengaja telah melepaskan seekor roh peranyau. Walaupun berego tinggi namun Haqua terpaksa bekerjasama dengan Keima untuk memburu roh peranyau yang terlepas sebelum ia menjadi lebih besar. Akibat tak dapat mengawal emosi apabila mengenangkan kisah silamnya yang gagal, Haqua telah jatuh ke dalam perangkap roh peranyau dan akhirnya dia telah dikawal oleh roh peranyau. Kini Keima dan Elsie terpaksa berdepan kesukaran untuk membebaskan Haqua dari kawalan roh peranyau dan membetulkan semula keadaan sebelum semuanya terlambat.

Anime Info          : Haqua
Video Format        : MP4 
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None






Fullmetal Alchemist: The Sacred Star of Milos (Malay Dub)


Eric dan Alphonse ingin memburu Ashleigh yang telah melarikan diri dari penjara dengan menggunakan ilmu alchemist. Eric telah jumpa petunjuk yang ditinggalkan oleh Ashleigh iaitu artikel surat khabar mengenai pertahanan Julia Crichton di penjara Cable City. Demi memburu Ashleigh yang kemungkinan melarikan diri ke Cable City, Eric dan Alphonse telah berangkat kesana. Di dalam penjalanan keretapi Eric dan Alphonse untuk ke Cable City, mereka telah diserang oleh sekumpulan kelawar hitam dan juga Chimera Serigala dari unit tentera negara Creta. Sejurusnya tiba di Cable City, mereka segera ke penjara Cable City dan disitu, banduan wanita yang bernama Julia telah melarikan diri dengan bantuan kelawar hitam namun Julia berdepan kesukaran untuk melepaskan diri lalu dia telah diselamatkan oleh Alphonse kemudian Ashleigh datang membantu untuk menyelamatkan mereka. Eric kemudian telah bersatu semula dengan adiknya Alphonse namun mereka terpaksa melarikan diri dari unit tentera buruan creta iaitu chimera serigala yang telah memburu mereka. Eric dapat tahu rancangan Julia untuk menggunakan batu permata palsu bagi mendapatkan kemerdekaan untuk negara Milos dan Eric kurang bersetuju mengenainya.

Anime Info          : Julia
Video Format        : MP4 
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None






Diari Mikoto [PC Games]






















Game novel ini mengisahkan Mikoto yang telah bercouple dengan pakwe barunya dan pakwe si Mikoto ini dah lama memendam perasaan terhadap Mikoto ini dan hasil keberanian lelaki ini meluahkan perasaan, akhirnya mereka berdua setuju untuk bercouple. Ketika asyik syok bercinta, Mikoto telah menjemput pakwenya datang ke rumahnya bagi makan malam. Disebabkan nak menantikan makan malam dari Mikoto siap, pakwe si Mikoto ini terpaksalah merayau-rayau di dalam rumah Mikoto(jenis tak boleh duduk diam) hinggalah dia terjumpa cebisan diari Mikoto yang menceritakan tentang rahsia besar yang disimpan oleh Mikoto selama ini??? Akibat terkejut membacanya, ia membuat dirinya tertanya-tanya, siapakah sebenarnya si Mikoto dan misteri disebaliknya adakah nasib pakwe si Mikoto ini akan berulang semula pada dirinya pula seperti yang dialami oleh exnya sebelum ini?      

Penerbitan :Charon
Platform   :Windows PC
Genre      :Seram
Info       :Mikoto Nikki

System Requirement:
  • Operating System: Windows 7, 8
  • Memory: 512 MB RAM
  • Hard Drive: 1 GB Below 
  • Graphic Hardware: Direct X 9 Support




Laputa: Castle in the Sky [Malay Audio]


Pazu, seorang anak yatim dan juga merupakan anak kepada seorang juruterbang yang pernah menjumpai Laputa ketika dulu sebelum meninggal kerana kesesalannya. Pazu dipelihara oleh pak ciknya dan mengikuti jejak langkah pak ciknya sebagai pekerja lombong galian bijih timah. Ketika sibuk bekerja, Pazu telah ternampak sebuah objek misteri yang bersinar. Bila Pazu mendekatinya, Pazu menyedari bahawa objek tersebut ialah seorang budak perempuan yang terapung dari langit yang sebenarnya melarikan diri dari buruan pihak tentera dan kumpulan lanun Dola namum terjatuh ketika dia cuba melarikan diri. Pazu cuba menyambutnya namun dia terpaksa memikul dengan sepenuh tenaga kerana beratnya. Keesokan hari, perempuan tersebut telah tersedar dan dia menyedarinya bahawa dia telah berada di rumah Pazu. Perempuan tersebut memperkenalkan dirinya pada Pazu sebagai Sheeta dan dia menceritakan pada Pazu bahawa dia menjadi buruan pihak tentera dan kumpulan lanun Dola kerana kristal misterinya yang ada hubung kait dengan negara awangan yang bernama Laputa, yang pernah ditemui oleh ayahnya ketika dahulu. Namun keadaan tidak memihak pada mereka, apabila sekumpulan lanun Dola telah muncul dan disertai oleh pihak tentera untuk memburu mereka berdua kerana ingin mendapatkan kristal milik Sheeta.

Anime Info          : Sheeta
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None
 




Spirited Away+OST (Malay Dub)


Chihiro yang telah mengikut keluarganya ke tempat baru. Akibat keluarganya yang telah memilih jalan yang salah untuk menuju ke rumah baru mereka, akibatnya Chihiro dan ibu bapanya telah tiba di suatu tempat yang misteri. Setelah melalui terowong gelap, Chihiro dan ibu bapanya telah tiba di suatu tempat yang tak diketahui mereka dan mereka telah menemui sebuah restoran yang misteri. Chihiro telah memberi amaran kepada ibu bapanya agar jangan disentuh makanan itu namun ia tidak diendah oleh ibu bapanya. Di suatu perjalanan, Chihiro telah terjumpa dengan seorang lelaki misteri dan memberi amaran kepadanya agar pergi dari tempat ini namun semuanya terlambat apabila ibu bapanya telah disumpah menjadi khinzir akibat perbuatan mereka yang mencuri makanan. Lelaki misteri yang bernama Haku, telah membantu Chihiro dari menjadi buruan dan sumpahan Yubaba dan dipaksa bekerja dengannya dengan menggunakan nama Sen, demi menyelamatkan ibu bapanya yang telah disumpah menjadi khinzir oleh Yubaba. Tanpa disedari Chihiro, Haku telah merancang sesuatu perkara yang rahasia yang bakal mengundang padah padanya. 

Anime Info          : Chihiro
Video Format        : MP4 
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None









One Punch Man Malay Dub (UPDATE)





Saitama bekerja sebagai hero hanya untuk suka-suka dan mempunyai kebolehan mengalahkan musuh dengan hanya satu tumbukan sahaja. Dalam dunia yang dipenuhi superhero dan musuh super (dunia yang lebih kurang sama dengan dunia marvel avenger) hanya Saitama yang merupakan satu-satunya wira yang unik tiada pada wira-wira yang lain. Tetapi Saitama sangat kosong dan hampa. Dia tidak mendapat penghormatan daripada sesiapa pun. Dia hanya bersantai sahaja terhadap segala-segalanya dan berasa bosan kerana tiada yang setanding dengannya. Akibatnya dia berasa kekecewaan teramat mendalam termasuk kehilangan rambutnya walaupun telah melalui latihan yang ketat untuk menjadi wira.  Selepas bertemu seorang cyborg yang bernama Genos, Saitama mula berasa minat untuk menyertai persatuan wira ( avenger di dunia Saitama) dan memulakan kerjayanya sebagai wira rasmi dari persatuan wira.

Anime Info          : Saitama
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None 













Kami nomi zo Shiru Sekai Season 1 (Malay Dub)


Keima yang merupakan seorang otaku yang begitu tergila-gilakan permainan video visual novel yang bergenrekan Gal Games(Bishoujo), hinggakan kehidupan realitinya sanggup  diabainya demi permainan videonya. Walaupun bersikap begitu namun dia begitu cemerlang dalam pelajarannya dan selalu mendapat markah penuh dalam ujiannya. Tapi semuanya bakal  berubah apabila dia tak sengaja telah bersetuju menerima sebuah kontrak dari neraka bagi membantu menangkap roh peranyau yang telah terlepas angkara orginasasi rahasia yang ingin membawa semula neraka lama. Elsie yang merupakan setan dari neraka telah dihantar ke bumi untuk menjadi pasangan Keima dalam misi menangkap roh peranyau yang telah menghuni dalam badan setiap gadis. Untuk menangkap roh peranyau, Keima dipaksa untuk mengayat setiap gadis yang menjadi hos kepada roh peranyau dan membuat gadis itu jatuh cinta padanya demi memaksa roh peranyau itu keluar dari badan gadis tersebut dan menangkapnya. Namum masalah timbul bila Elsie menyedari bahawa Keima hanyalah seorang otaku yang hanya mahir dalam permainan video dan tak pernah pun mengayat mana-mana gadis dalam kehidupan sebenarnya. 


Anime Info          : Elsie
Video Format        : MP4 
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None








Howl's Moving Castle + OST (Malay Audio) [UPDATE]




Seorang gadis penjual topi yang bernama sophie yang telah tidak sengaja bertemu dengan ahli sihir yang bernama Howls yang dikatakan terkenal dengan khabar angin bahawa dia adalah seseorang yang suka memburu jantung para gadis. Akibat terkejut dengan sumpahan ini, Sophie melarikan diri dari rumah dan menuju ke tanah tandus dan di situ Sophie terjumpa dengan  orang-orang yang digelar sang lobak. Sang lobak telah membawa Sophie ke istana Howls untuk berteduh dan telah bertemu dengan jembalang api yang bernama Calcifer dan juga merupakan kuli kepada Howls. Mereka berdua mula berkerjasama untuk merungkai sumpahan terhadap Howls dan dalam masa yang sama, Sophie mula menaruh perasaan yang begitu mendalam terhadap Howls. 


Anime Info          : Shopie
Video Format        : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None

Kalau nak yang subtitles dan audio Japanese dan English
sila ke telegram kami. Sila klik icon telegram belah kanan.











Pokémon the Movie: Kyurem vs. the Sword of Justice (Malay Dub)


 
Keldeo yang merupakan anak murid kepada pokemon lagenda yang digelar tiga pedang keadilan, ingin mencabar Kyurem yang merupakan pokemon legenda naga yang paling kuat. Akibat sikap terburu-buru Keldeo yang juga belum mahir dalam teknik pedangnya telah mencabar Kyurem walaupun belum bersedia. Akibat dari sikapnya, Keldeo telah patah tanduknya dan manakala mentornya telah dibekukan oleh Kyurem kerana ingin masuk campur dalam pertarungan di antara Keldeo vs Kyurem. Akibat rasa takut, Keldeo telah melarikan diri dari pertarungan dan ini telah membuat Kyurem berasa marah lalu memburunya. Manakala Ash dan kawan-kawannya yang dalam perjalanan  ke destinasi seterusnya telah menemui Keldeo dalam keadaan cedera di atas sebuah gerabak kereta api. Ash dan rakan-rakannya juga menjadi mangsa buruan Kyurem akibat ingin membantu Keldeo namun terselamat sekitika. Setelah mendengar kisah Keldeo yang baru pulih dari kecederaan. Ash telah membuat keputusan untuk membantu Keldeo. Tanpa disedari Ash dan rakan-rakannya, Kyurem mula memasuki bandar untuk memburu mereka semua.  


Anime Info          : Keldeo
Video  Format       : MP4
Audio Languages     : Malay
Subtitles Languages : None